|
Post by KaRz_Vyrus on Jun 19, 2007 15:34:29 GMT 8
pada satu hari bedah dan bapanya datang ke kuala lumpur dan pergi ke shopping mall anak beranak ni first time datang ke kuala lumpur.. slame ni dok asyik memerap kat kampung jek...
jalan punye la jalan akhirnya bedah terpandang lif,lalu dia tanya la bapak dy.. bapak,ni ap bapak?kata si bedah.. ntah le,bapak pn first time tgk menatang nih..kata bapaknye..
tak lame kemudian seorang nyonya terbongkok-bongkok dan mengigil-gigil pergi ke dinding dam menekan butang lif tersebut.....pintu lif itu terbuka lalu nyonya tersebut masuk ke dalam... kemudian pintu itu tertutup..
Tidak lama kemudian pintu lif tebuka semula.. Keluarlah seorang amoi yang sangatlah cun macam SHANIA TWAIN.. lalu bapak bedah berkata kepada bedah...
BEDAH,KO CPAT BALIK KAMPUNG BAWAK MAK KAU KE SINI.. MEH KITA MASUKKAN DY KE DALAM GUA AJAIB NIH..
|
|
|
Post by KaRz_Vyrus on Jun 19, 2007 15:43:25 GMT 8
Cerita sekolah 1 Cikgu sepul sedang mengajar subjek bahasa melayu dalam kelas 3 mawar. cikgu sepul :boleh kamu buat satu ayat menggunakan perkataan tepung? man :boleh cikgu senang saja...Emak saya sedang membuat kek di dapur.. cikgu sepul :hah?mana tepungnya? man :tepung kan ke dalam kek tu..cikgu ni xsekolah ke hape?? cikgu sepul : ?
|
|
|
Post by H@nsCollection on Jun 19, 2007 20:40:56 GMT 8
keh2.. mmg lawak.. ade lg?
|
|
|
Post by KaRz_Vyrus on Jun 20, 2007 3:30:08 GMT 8
ntah...nanti aku cari lagi...
|
|
|
Post by H@nsCollection on Jun 22, 2007 7:48:06 GMT 8
keh3.. chantek2!!
|
|
|
Post by KaRz_Vyrus on Jun 23, 2007 5:36:24 GMT 8
chantekk!!
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:10:22 GMT 8
Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku.Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:10:44 GMT 8
Citer 2 Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu. budak : derma ape bang? lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan? budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. lelaki : ??
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:11:07 GMT 8
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. Farid : Mengapa? Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:11:23 GMT 8
Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:11:44 GMT 8
Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. " So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:12:15 GMT 8
Citer 6 Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ??
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:12:41 GMT 8
Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat. " Assalamualaikum " " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:13:00 GMT 8
Citer 8
Orang Asli Dan Polis orang asli : selamat pagi tuan polis : selamat pagi polis : apa hal orang asli : saya nak buat repot tuan polis : fasal apa tu orang asli : kawan saya di baham harimau polis : pukul berapa orang asli : dia tak pukul, terkam polis : habis? orang asli : tak habis, tinggal kepala
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:13:23 GMT 8
Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:13:41 GMT 8
Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. : Shan Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:14:14 GMT 8
Citer 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?". "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:14:37 GMT 8
Citer 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
|
|
|
Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 29, 2007 12:19:55 GMT 8
Cerita 13
Ada sepasang suami isteri yg duduk dikampung. Oleh kerana rumah mereka yg terlalu berdekatan dgn jiran tetangga. Maka sisuami pun mengajar bahasa yg jarang digunakan oleh tetangganya. Isteri beliau yg sengau sentiasa menurut kata kata suami nya itu. So suatu hari suami nya berkata.. "Yang, kalau i cakap kongkek maknanya..kita main yer' Isterinya mengangguk sahaja.. Dan pada malam itu si suami kegersangan dan bertanya pada isterinya ' Kongkek boleh tak yang?' Si isteri pun 'ok' Setelah penat projek, mereka pun mandi bersama. Waktu mandi isteri nya yg sengau itu pun berkata 'Yang nak kongkek' Beliau pun terperanjat.. tapi oleh kerana sayangkan isterinya..beliau pun 'buat projek' kat toilet itu. Isterinya pun membiarkan sahaja.. Setelah abis isterinya mandi dan berkata dgn suami nya.. ;' Yang nak kongkek' Suami nya berkata.. 'lah tak puas lagi ke?' Isterinya menggeleng gelengkan kepala sambil berkata 'Kongkek' Si suami got no choice pun melakukan lagi.. Selepas itu isterinya berkata.. 'Bole tak awak kasi saya kongkek' Beliau mula naik radang dan tak faham dgn nafsu isterinya. Apabila beliau hendak start lagi.. isterinya pun menahannya.. Saya bukan nak kongkek.. Saya nak .....
KONGKEK!!!!(maknanya...UBAT GIGI COLGATE)
|
|
|
Post by H@nsCollection on Jun 30, 2007 6:02:24 GMT 8
hahaha.. cite last skali nih mmg cm haram.. huhu~ KONGKEK..!!
|
|
|
Post by megart on Jul 1, 2007 9:43:40 GMT 8
apa apa jer la...janji bes...
|
|
|
Post by KaRz_Vyrus on Jul 2, 2007 4:48:46 GMT 8
kongkek!! huih censored nih....
|
|
|
Post by syafique on Jul 2, 2007 20:28:18 GMT 8
tul tuuuu ayat yang dilarang..
|
|
|
Post by KaRz_Vyrus on Jul 3, 2007 6:33:40 GMT 8
lucah2....
|
|
|
Post by Pinky on Jul 3, 2007 11:16:53 GMT 8
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. Mat salleh : Oh, I'm sorry Pemuda : It's ok, never min. Thank you. Mat salleh : Thank you too. Pemuda : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. Mat salleh : ( hairan ) what for? Pemuda : ( four..four hmm five ) thank you five. Mat salleh : Are you sick? Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . Mat salleh : ( bingung )
|
|
|
Post by Pinky on Jul 3, 2007 11:19:18 GMT 8
Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.
Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.
Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
|
|
|
Post by Pinky on Jul 3, 2007 11:32:32 GMT 8
Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.
|
|
|
Post by Pinky on Jul 3, 2007 11:39:05 GMT 8
Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..
Suami : Hello, selamat petang. Puan ada? OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong? Suami : Siapa ni? OG : Saya orang gaji kat sini. Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji! OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak? OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa? Suami : Saya suaminya. OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni? Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke? OG : Ya, encik Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta . OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong? Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua. OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik? Suami : Ya. OG : (termenung) Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi. OG : Baik encik... saya lakukan sekarang Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah. OG : Kolam renang yang mana? Suami : Yang di belakang rumah! OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang! Suami : Yeke ni? OG : Iya! Suami : Ni kan nombor 5097600? OG : Bukan, encik. Sini 5907600. Suami : Oh, sori. Salah nombor
|
|
|
Post by Pinky on Jul 3, 2007 11:43:58 GMT 8
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!
|
|
|
Post by KaRz_Vyrus on Jul 3, 2007 17:31:44 GMT 8
keh3.. lawak3.... huah3.....
|
|