Post by ajai_Gimick(admin) on Jun 14, 2007 11:05:56 GMT 8
Peta LokAsi..
USEFUL INFO / TIPS UTK RIDERS & BENGKEL2..
1. Panjang Litar : 1.2km
2. Jarak Perlumbaan : 5 pusingan = 6.0 km
3. Jarak Perlumbaan Akhir : 7 pusingan = 8.4 km
4. Litar ini terletak di Bandar Indera Mahkota.
5. Antara litar lumba yang agak unik berbentuk "L" yang bakal lebih menguji pelumba dalam teknik serta skill mengambil selekoh pada tahap kelajuan jentera skuter yang tinggi serta penguasaan jentera masing-masing.
6. Jarak lurus sepanjang 300 meter bakal lebih memihak kepada pelumba yang mempunyai daya keupayaan pecutan jentera yang baik.
7. Namun itu, teknik pengambilan selekoh "U" serta pengawalan jentera yang cukup stabil setelah mengambil selekoh amatlah perlu bagi memastikan tahap kelajuan maksima jentera masing2.
SYARAT-SYARAT & PERATURAN NSP2007
A) Aspek Asas Jentera Lumba
1. Jentera lumba haruslah mempunyai cukai jalan yang sah.
2. Jentera lumba layak bertanding mengikut kategori C.C. asal jentera masing-masing serta layak bertanding di kategori “Open” (termasuk Vespa/Lambretta).
3. Bahagian depan jentera lumba haruslah mempunyai ruang yang sesuai untuk ditampal “Stiker Nombor Lumba” (akan disediakan oleh pihak Penganjur) untuk mengelak sebarang kekeliruan dari berlaku.
4. Jentera lumba haruslah mempunyai sistem brek yang berfungsi dengan baik serta tidak membahayakan keselamatan pelumba-pelumba yang lain.
5. Jentera lumba haruslah mempunyai pasukan mekanik tersendiri bagi memastikan setiap jentera sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat semasa ditunggang. Jentera lumba akan dibatalkan penyertaannya sekira ianya didapati menggunakan barang penaik-taraf yang boleh membahayakan diri serta pelumba-pelumba yang lain ketika berlumba.
6. Jentera lumba yang telah layak ke peringkat seterusnya ditegah sama sekali dari diganti menggunakan jentera yang lain.
7. Hanya dua (2) mekanik / wakil bagi setiap pasukan/pelumba dibenarkan untuk berada di kawasan petak permulaan sebelum sesuatu perlumbaan bermula.
B) Aspek Asas Pelumba
1. Pelumba haruslah mempunyai lesen memandu yang sah dan sentiasa bebas dari segala pegaruh dadah/alkoho/bahan2 pengkhayal yang dilarang ketika berlumba.
2. Pelumba haruslah memakai topi keledar yang memenuhi ciri-ciri keselamatan serta mematuhi sistem piawaian Sirim.
3. Pelumba haruslah memakai baju lumba litar serta sarung tangan yang memenuhi ciri-ciri keselamatan serta sistem piawaian Sirim.
4. Pelumba harus mempunyai mekanik sendiri bagi memastikan jentera berada di dalam keadaan yang sentiasa selamat semasa ditunggang.
5. Pelumba haruslah patuh pada segala arahan Ketua Marshall, Marshall dan Krew-krew teknikal yang betugas pada sebelum, semasa dan selepas perlumbaan.
6. Pelumba yang telah layak ke peringkat seterusnya ditegah sama sekali dari menggantikan tempat beliau dengan pelumba yang lain.
7. Semua pelumba, motor lumba yang terlibat serta mekanik masing-masing dikehendaki sentiasa berada di “Paddock” untuk bersedia sekurang-kurangnya 15minit sebelum sesi cabutan undi oleh Marshall bertugas.
C) Aspek Sistem Perlumbaan
Sekiranya Jumlah Pelumba Tidak Melebihi 12 orang
1. Semua pelumba dikehendaki mencabut undi sebelum sesi perlumbaan Pusingan Awal masing-masing bermula. Nombor cabutan undi 1-12 akan menentukan kedudukan petak grid permulaan mereka di Pusingan Awal iaitu grid 1-12.
2. Semua pelumba yang berjaya menamatkan Pusingan Awal akan layak ke Pusingan Akhir. Walaubagaimanapun, kedudukan petak grid mereka untuk Pusingan Akhir adalah berdasarkan pencapaian kedudukan mereka ketika berlumba di Pusingan Awal sebelum ini.
3. Hanya tiga (3) pelumba terawal di Peringkat Akhir (Johan, Tempat ke-2 & Tempat ke-3) akan menerima hadiah berupa wang tunai & trofi.
4. Pelumba-pelumba di Peringkat Akhir yang berjaya menamatkan perlumbaan mereka bagi kategori i) Skuped 100cc-125cc, ii) Skuter 125cc-150cc, iii) Skuter Terbuka 151cc-200cc dan iv) Terbuka Vespa/Lambretta bakal menerima Mata Terkumpul berdasarkan keputusan kedudukan terakhir masing2. (1 = 25pts, 2 = 20pts, 3 = 16pts, 4 = 13pts, 5 = 11pts, 6 = 10pts, 7 = 9pts, 8 = 8pts, 9 = 7pts, 10 = 6pts, 11 = 5pts & 12 = 4pts).
5. Pelumba dengan jumlah keseluruhan Mata Terkumpul yang tertinggi bagi setiap kategori (seperti di atas) setelah berakhirnya 4 sirkit lumba juga bakal menerima hadiah-hadiah sampingan istimewa berupa wang tunai dan piala NSP2007 sewaktu upacara penyampaian hadiah selepas tamatnya Sirkit Akhir.
Sekiranya Jumlah Pelumba Melebihi 12 orang
1. Jumlah pelumba yang terlalu ramai tersebut akan dibahagikan kepada beberapa Kumpulan. Jumlah maksima pelumba untuk setiap Kumpulan ialah seramai 12 orang sahaja.
2. Di peringkat Pusingan Awal Peringkat Kumpulan, semua pelumba seperti biasa juga dikehendaki mencabut undi sebelum sesi perlumbaan Pusingan Awal Peringkat Kumpulan masing-masing bermula. Nombor cabutan undi 1-12 akan menentukan kedudukan petak grid permulaan mereka di Pusingan Awal Peringkat Kumpulan iaitu grid 1-12.
3. Pelumba-pelumba yang berjaya menamatkan Pusingan Awal Peringkat Kumpulan masing-masing akan layak ke Pusingan Akhir Peringkat Kumpulan. Walaubagaimanapun, kedudukan petak grid mereka untuk Pusingan Akhir Peringkat Kumpulan adalah berdasarkan pencapaian kedudukan mereka ketika berlumba di Pusingan Awal Peringkat Kumpulan sebelum ini.
4. Jumlah pelumba Peringkat Akhir sesuatu Kumpulan yang akan layak untuk bertanding ke Peringkat Akhir adalah bergantung kepada Jumlah Kumpulan yang dipecahkan. Sebagai contoh, sekiranya terdapat 3 kumpulan (36 pelumba) maka hanya 4 pelumba yang terawal di Peringkat Akhir setiap Kumpulan akan layak ke Peringkat Akhir (4 pelumba x 3 kumpulan = final 12 pelumba sahaja)
5. Hanya tiga (3) pelumba terawal di Peringkat Akhir (Johan, Tempat ke-2 & Tempat ke-3) akan menerima hadiah berupa wang tunai & trofi.
6. Pelumba-pelumba di Peringkat Akhir yang berjaya menamatkan perlumbaan mereka bagi kategori i) Skuped 100cc-125cc, ii) Skuter 125cc-150cc, iii) Skuter Terbuka 151cc-200cc dan iv) Terbuka Vespa/Lambretta bakal menerima Mata Terkumpul berdasarkan keputusan kedudukan terakhir masing2. (1 = 25pts, 2 = 20pts, 3 = 16pts, 4 = 13pts, 5 = 11pts, 6 = 10pts, 7 = 9pts, 8 = 8pts, 9 = 7pts, 10 = 6pts, 11 = 5pts & 12 = 4pts).
7. Pelumba dengan jumlah keseluruhan Mata Terkumpul yang tertinggi bagi setiap kategori (seperti di atas) setelah berakhirnya 4 sirkit lumba juga bakal menerima hadiah-hadiah sampingan istimewa berupa wang tunai dan piala NSP2007 sewaktu upacara penyampaian hadiah selepas tamatnya Sirkit Akhir.