Post by ajai_Gimick(admin) on Feb 14, 2006 15:16:17 GMT 8
Extracted from Harian Metro "Minda Section" dated 13/2/2006.... apa pendapat korang? baca ni..
Waspada jebak Hari Kekasih
TARIKH 14 Februari (esok) sentiasa dinanti-nantikan kebanyakan muda-mudi bagi meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Yang pasti kita lihat nanti ramai remaja dan muda- mudi Islam turut meraikan hari tersebut.
Hari Valentine bukan amalan yang disuruh nabi, sahabatnya atau para solihin. Amat malang lagi apabila Hari Kekasih diraikan pasangan muda mudi yang bukan muhrim serta direstui ibu bapa yang jahil mengenai hukum agama.
Pasangan kekasih ada kalanya meraikan Hari Valentine di pub, disko, hotel dan kemuncaknya berakhir di bilik sehingga berlaku zina yang kononnya sebagai tanda cinta kepada kekasih mereka.
Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang begitu berpengaruh di zaman pemerintahan ratu dari Sepanyol. Terdapat beberapa versi bagaimana Hari Valentine dikaitkan dengannya, namun sekurang-kurangnya terdapat dua versi yang telah dicatat dalam sejarah.
Valentino adalah orang terpenting Ratu Isabella yang berjasa menumpaskan kerajaan Islam Kordova, Sepanyol. Ratu Isabella dan seluruh rakyat menganggap dia sebagai kekasih, lalu 14 Februari itu diraikan sebagai tanda kemenangan dalam menyembelih dan menumpaskan umat Islam serta memadamkan cahaya Islam di Sepanyol.
Sebelum mencapai kejayaan meumpaskan Islam, Valentino dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertamanya beragama Islam dan yang kedua beragama Kristian. Memandangkan berlainan agama, maka dia terpaksa melupakan kekasih Islam dan menumpukan kepada kekasih keduanya yang berfahaman Protestan. Apabila beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Kordova, maka ratu Isabella bertanya kepadanya, apakah bentuk ganjaran yang ingin dikurniakan atas kejayaan itu.
Lantas Valentino menyatakan keinginannya mengahwini kekasihnya yang berfahaman Protestan itu. Permintaan itu menimbulkan kemarahan Ratu Isabella dan rakyat Kordova kerana Valentino adalah paderi Katolik sedangkan kekasihnya seorang Protestan, tambahan beliau adalah paderi dan sememangnya tidak boleh berkahwin.
Atas kemurkaan inilah beliau dipenjarakan, tetapi sebagai mengenangkan jasa paderi itu maka tarikh 14 Februari dianggap sebagai Hari Kekasih.
Di Barat, Hari Kekasih bermaksud pada hari tersebut pasangan kekasih bebas melakukan apa sahaja. Mereka bukan sahaja bertukar bunga-bungaan, malah akan melakukan perkara di luar batas moral dan akhirnya berlaku perbuatan tidak sepatutnya mereka lakukan. Agak bahaya budaya ini dijadikan gaya hidup golongan muda-mudi.
Amalan menyambut Hari Valentine jelas bertentangan dengan Islam dan hari yang tidak dimuliakan oleh Islam. Hari yang asasnya bukan daripada akidah yang benar, malah sesiapa di kalangan umat Islam yang meraikannya samalah seperti dia meraikan perjuangan seorang paderi yang telah berjaya meruntuhkan Islam di bumi Allah di Sepanyol.
Meraikan Hari Valentine juga seolah-olah kita mengiktiraf perilaku seseorang kasanova Valentino yang mengheret dua kekasih dalam satu masa. Hari Kekasih yang dibawa oleh musuh Islam ini tanpa disedari bertujuan meletakkan dan merosakkan akhlak umat Islam.
Sedarlah bahawa budaya ini bukan budaya Islam, malah ia adalah kudis yang membawa barah kerosakan dalam masyarakat kita yang kumannya dikirim oleh musuh Islam sebagai agenda mereka untuk memusnahkan khususnya remaja Islam.
"copy from uniteforum..."